Etika profesional Psikologi Klinikal

Bidang psikologi klinikal di kebanyakan negara dikawal dengan kuat oleh kod etika. Di Malaysia, etika profesional sebahagian besarnya ditakrifkan oleh Kod Etika MSCP. Kod Etika ini secara amnya menetapkan standard yang lebih tinggi daripada yang dikehendaki oleh undang-undang kerana ia direka untuk membimbing tingkah laku yang bertanggungjawab, perlindungan pelanggan, dan peningkatan individu, organisasi dan masyarakat. [64] Kod ini terpakai kepada semua ahli psikologi berdaftar di Malaysia.

Kod Etika MSCP adalah berdasarkan empat prinsip: Kebaikan & Bukan penyelewengan, Menghormati Hak Asasi dan Maruah, Integriti dan Tanggungjawab & Keadilan. [64] Elemen terperinci menangani cara menyelesaikan isu etika, kecekapan, hubungan manusia, privasi dan kerahsiaan, pengiklanan, penyimpanan rekod, yuran, latihan, penyelidikan, penerbitan, penilaian dan terapi.

Prinsip kod etika Persatuan Psikologi Kanada ialah: Menghormati Maruah Orang dan Rakyat, Penyayang Bertanggungjawab, Integriti dalam Perhubungan, dan Tanggungjawab kepada Masyarakat. Ia dianggap sangat serupa dengan Kod APA yang digunakan di Amerika Syarikat. [65]

Di UK, Persatuan Psikologi British telah menerbitkan Kod Tatakelakuan dan Etika untuk ahli psikologi klinikal. Ini mengariskan empat bidang utama: Hormat, Kecekapan, Tanggungjawab dan Integriti. [66] Organisasi profesional Eropah yang lain juga mengunakan kod tatakelakuan dan etika yang serupa seperti di UK.

Persekutuan Psikoterapi Asia telah mengeluarkan kod etika pada tahun 2008 dengan berpandukan kepada prinsip berikut: Kebaikan, Tanggungjawab, Integriti, Keadilan dan Hormat. Sama seperti kod MSCP, ia menyediakan arahan terperinci kepada ahli psikologi, khususnya kepada ahli psikoterapi . [67] Rusia, India, Iran, Kazakhstan, China, Malaysia dan Jepun adalah negara anggota didalam persekutuan ini. [68]

Rujukan

WikiPedia: Psikologi Klinikal https://iceeft.com/ https://web.archive.org/web/20150401061600/http://... https://web.archive.org/web/20001021204931/http://... https://web.archive.org/web/20101008102440/http://... https://web.archive.org/web/20061214135515/http://... https://web.archive.org/web/20080819231047/http://... https://web.archive.org/web/20201209213549/http://... https://web.archive.org/web/20190303124217/http://... https://web.archive.org/web/20160910031055/http://... https://web.archive.org/web/20200225205117/https:/...